Tuesday, 25 October 2011

MENGHANGATKAN PROSES PENGIMARAHAN MASJID 1

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh,


Tuan/Puan yang diberkati,

KEWAJIBAN umat Islam yang paling utama adalah mendirikan solat fardu, pada waktunya, secara berjemaah dan dituntut supaya dilakukan di masjid.
Begitu eratnya ikatan solat dengan masjid. Justeru, masjid sepatutnya dipenuhi oleh jemaah untuk mendirikan solat.

Namun, dari apa yang diperhatikan kebanyakan masjid-masjid kita seolah-olah lengang dan kurang dikunjungi oleh ahli-ahli  kariah dan masyarakat setempat.

Kehadiran bilangan jemaah yang tidak memberangsangkan di sesebuah masjid itu memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena untuk mereka ke rumah Allah SWT itu sekalipun perbagai kemudahan disediakan.

Mungkin ini berpunca dari tahap ilmu pengetahuan agama di kalangan masyarakat yang sepatutnya bertanggungjawab mengimarahkan masjid atau surau, di kariah masing-masing.

Keadaan yang berlarutan ini telah menyebabkan masjid menjadi sekadar lambang keIslaman tanpa mencapai matlamatnya sebagai pusat menjana insan bertaqwa.

Sudah berdekad berlalu, keadaan masih begitu juga. Sungguhpun ada tindakan dari pelbagai pihak untuk merobah keadaan ini, tetapi kesannya tidak begitu ketara sehingga kini...

Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan seseorang yang berdakwah ke jalanNya, akan mendapat balasan setimpal dengan usahanya seperti firmanNya yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang yang beruntung.”                       
                                                                     (Surah Ali-Imran:104)  
                                                                              
Tuan/puan yang dihormati,

Situasi ini adalah "satu realiti umum" dikalangan masyarakat kita hari ini  manakala penyelesaian yang disyorkan adalah selaras dengan ajaran yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Insyallah, saranan yang akan dikemukakan, kiranya dilaksanakan sebaiknya oleh pentadbir masjid, ahli jawatankuasanya dan ahli-ahli kariah mereka dengan penuh keikhlasan dan atas semangat fisabilillah kerana Allah SWT, akan dapat menghangatkan lagi proses “pengimarahan masjid”  ini.

Semoga segala usaha murni kita adalah satu jihad kepadaNya. 

No comments:

Post a Comment